Hari Anugerah Pelajar Cemerlang 2018
- skkaiduanpapar
- Nov 24, 2018
- 1 min read
Updated: Nov 26, 2018
Majlis Hari Anugerah Pelajar Cemerlang, Sekolah Kebangsaan Kaiduan bagi tahun 2018 telah diadakan pada Jumaat 23 Nov 2018. Majlis yang sederhana tapi bermakna itu telah dirasmikan oleh Encik Sharin Liman, Penyelia Pejabat Pendidikan Daerah Papar.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Puan Remny Totu, YDP PIBG, Encik Cladius NYDP PIBG, AJK PIBG, ibubapa murid serta penduduk kampung.
Guru Besar, Encik Uzair Kee Yahya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ibubapa dan penduduk kampung yang hadir dan sentiasa memberi bantuan dan sokongan pada sekolah. Beliau juga mengucapkan Syabas dan Tahniah kepada murid-murid yang berjaya menerima anugerah kali ini. Bagi murid yang tidak menrima anugerah, Uzair meminta mereka meningkatkan usaha kerana mereka juga boleh mengecapi kejayaan.



コメント