HIJAU JUARA KEJOHANAN OLAHRAGA KE-28
- skkaiduanpapar
- Nov 12, 2018
- 1 min read
Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke 28 SK Kaiduan Papar telah melabuh tirainya dengan menyaksikan rumah Hijau unggul dan dinobatkan sebagai 'Juara Keseluruhan'. Lebih manis lagi Hijau juga dianugerahkan 'Terbaik Keseluruhan Lelaki', 'Olahragawan' menerusi adik Alenso Allen, dan 'Perbarisan Terbaik'. Bagi 'Terbaik Keseluruhan Perempuan' jatuh kepada rumah Merah dan 'Olahragawati' milik adik Revalyna Revlyn Rustin juga dari rumah Merah.


Edisi kali telah dimulakan dengan acara Merentas Desa yang telah diadakan pada 2 Nov 2018 lalu manakala acara kemuncak dan perasmian berlangsung pagi tadi. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Mohd. Helmi Abdullah, Ketua Unit Pengurusan Kemanusiaan Pejabat Pendidikan Daerah Papar mewakili PPD Papar.
Tahniah kepada pemenang serta semua yang telah turut sama menjaya dan memeriahkan temasya kali ini. Jumpa lagi dilain acara.











Comentários