PELANCARAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2018
- skkaiduanpapar
- Aug 30, 2018
- 1 min read
Updated: Sep 30, 2018
Pelancaran Sambutan Hari Kebangsaan bagi tahun 2018 telah diadakan pada 29 Ogos 2018 yang lalu. Pada acara ini murid-murid dan guru berarak mengikut kumpulan masing-masing. Perarakan yang bermula dari perkarangan sekolah itu telah dilepaskan oleh Guru Besar, En Uzair Kee Yahya.
Guru-guru dan murid-murid bersama menuju destinasi berhampiran Kampung Bisung. Tiba di sana semua peserta berehat seketika sebelum kembali menuju ke sekolah.
Sambutan Hari Kebangsaan 2018 ini telah diisikan dengan pelbagai aktiviti seperti Pertandingan Melukis, Pertandingan Mewarna, Perarakan Merdeka dan Nyanyian Lagu Patriotik setiap pagi. Semoga tiap aktiviti yang dilaksanakan dapat meningkatkan rasa kasih dan cinta murid kepada tanah air yang dicintai.


Comments